Berita & Aktiviti Terkini


Kelas KDB, Advokasi Dan Publisher

8 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada kelas kali ini, selain menonton tayangan video KDB dan Advokasi, peserta juga mempelajari benda yang baru pada peringkat umur mereka. Peserta kali ini berumur lingkungan 9 tahun ke 12 tahun...........baca seterusnya



Kelas KDB, Advokasi Dan Power Point

10 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2018 PI mengadakan kelas KDB, advokasi dan powerpoint. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menukarkan format powerpoint kepada format gambar iaitu JPEG. Sebelum pembelajaran powerpoint bermula, para peserta ditayangkan video KDB dan advokasi terlebih dahulu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih para peserta......baca seterusnya


Mesyuarat Kluster Menari Di Asajaya Simunjan

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2018 mesyuarat Kluster Menarik Di Asajaya Dan Simunjan diadakan di PI Sadong Jaya. Antara PI yang terlibat ialah PI Tebelu, PI Sebandi Ulu, PI Sadong Jaya dan juga PI Simunjan. PI simunjan merupakan ketua kluster. Agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah mengenai kriteria video.......baca seterusnya


Kursus Usahawanan Bakeri Di PI Taman Sepakat Jaya

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

PI Taman Sepakat Jaya telah mengadakan kursus usahawanan bakeri pada 15 April 2018. PI Taman Sepakat Jaya telah menjemput PI Sebandi Ulu, PI Tebelu, PI Taee dan juga PI Bandung untuk bekerjasama bagi menjayakan kursus tersebut.......baca seterusnya


Kelas Keusahawanan dan Video Making

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2018, PI Sebandi Ulu mengadakan kelas keusahawanan dan juga video making kepada kumpulan peserta yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun. Tujuan kelas ini diadakan ialah memberikan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan juga dalam bidang pengeditan video. Dengan adanya kelas ini, dapatlah serba sedikit berkongsi ilmu kepada penduduk kampung terutamanya yang ada menjalankan perniagaan. ........baca seterusnya


Program Sentuhan Kasih

18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2018, PI Sebandi Ulu bekerjasama dengan PI Tebelu, PI Sepakat Jaya dan PI Taee untuk membuat pameran Klik Dengan Bijak (KDB) di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong sempena Program Sentuhan Kasih anjuran oleh Lembaga Penduduk Dan Pambangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Sri Rohani Abdul Karim iaitu Menteri Pembangunan Wanita...............baca seterusnya


Kelas Multimedia Dan Video Making

12 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2018, pihak PI mengadakan kelas multimedia dan juga video making. Perisian yang digunakan dalam pembuatan video ini ialah cyberlink powerdirector. Peserta sebelum ini sudah diterangkan mengenai fungsi-fungsi yang terdapat di dalam perisian tersebut. Pada kali ini mereka sendiri yang akan mengedit video menggunakan perisian tersebut...............baca seterusnya


Kelas KDB Dan Advokasi

11 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2018, kelas KDB dan Advokasi diadakan untuk golongan peserta belia dan juga lepasan SPM. Peserta akan dipertontonkan dengan video KDB dan juga Advokasi. Antara video yang ditonton oleh mereka ialah video mengenai bahaya pendedahan maklumat peribadi di dalam laman sosial dan juga video cyber bullying..............baca seterusnya


Kelas Multimedia Dan Latihan Pengukuhan Excel

03 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2018, pihak PI mengadakan kelas multimedia dan juga latihan pengukuhan excel kepada golongan remaja berumur 13 tahun hingga 15 tahun. Sebelum ini pelajar didedahkan penggunaan aplikasi membuat video beserta tutorial yang diberikan oleh pengajar. Seterusnya pada minggu ini mereka disuruh untuk membuat video dengan mendapat tunjuk ajar dari pengajar.............baca seterusnya


Kelas KDB Dan Advokasi

03 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2018, pihak PI mengadakan kelas KDB dan juga kelas Advokasi kepada golongan remaja berumur 13 tahun hingga 15 tahun. Peserta akan dipertontonkan tayangan video KDB dan juga video Advokasi. Kepentingan kelas ini adalah memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar zaman sekarang. Hal ini kerana peredaran zaman ke alaf 21............baca seterusnya


Kelas e-Rezeki

12 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program e-Rezeki diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM). PI Sebandi Ulu merupakan wakil e-Rezeki yang dipilih oleh pihak MDEC. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja............baca seterusnya


Kelas Asas ICT & Microsoft Office

05 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2018, PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas asas ICT dan juga Microsoft Office iaitu bertumpu kepada Microsoft Office Word & Excel. Kelas ini dihadiri oleh peserta dari golongan yang baru menamatkan zaman persekolahan dan juga golongan dewasa yang bekerja sendiri dan tengah mencari pekerjaan...........baca seterusnya


Kelas KDB & Advokasi

03 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pihak PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi untuk pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan pada 2 Februari 2018 jam 2 petang hingga 3 petang di bilik latihan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang keselamatan menggunakan alatan elektronik terutamanya telefon dalam zaman moden ini..........baca seterusnya


Kelas ICT (Microsoft Office Power Point), KDB & Advokasi

08 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2018 jam 2:00 pm hingga 4:00pm, PI Sebandi Ulu mengadakan kelas untuk pelajar sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan 11 tahun dan 12 tahun. Sebelum memulakan pelajaran Microsoft Power Point, mereka ditayangkan dengan video KDB dan Advokasi. Di samping itu, pengajar akan mengulaskan semula apa isi penting dan motif video yang ditayangkan.........baca seterusnya


Program Open Day PI Sebandi Ulu

01 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Disember 2017, PI Sebandi Ulu telah mengadakan Program Open Day bersama dengan penduduk Kampung Sebandi Ulu. Tetamu jemputan yang menghadiri program tersebut ialah Ketua Kaum Puan Jama Binti Hj Baylai, Kaunselor Tegak Bin Mat dan dua orang anggota bomba iaitu Encik Arwan dan Encik Yusmandi. Program tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu.........baca seterusnya


Kelas Asas Keusahawanan

16 April 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2017, seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan juga pelajar tingkatan 5 mengikuti kelas asas keusahawanan. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi........baca seterusnya


Kelas Advokasi E-Waste & Check Your Label

11 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Kelas advokasi ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PI tentang bagaimana untuk mengetahui peralatan komunikasi atau gadget yang kita beli di pasaran mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh pihak MCMC........baca seterusnya


Kelas Membuat Poster Dakwah

4 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh tersebut pihak PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas kepada ahli-ahli PI yang hadir. Kelas tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PI yang ada mengenai cara-cara membuat poster......baca seterusnya



Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Untuk makluman lanjut...KLIK disini




Hari Bersama Komuniti PI Sebandi Ulu 2016

6 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Sebandi Ulu telah melabuhkan tirainya pada 10 April 2016. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Pertandingan masakan, pertandingan dart lelaki dan wanita, pertandingan gubahan bunga hantaran..baca seterusnya


Kelas Asas Membuat Blog

6 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2016 yang lepas Pusat Internet Sebandi Ulu Telah mengadakan kelas asas membuat blog yang telah dihadiri oleh 9 orang perserta. Kelas tersebut telah diadakan di dalam bilik latihan PI Sebandi Ulu..baca seterusnya


Hari Terbuka PI Sebandi Ulu 2016

12 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sebandi Ulu telah mengadakan pelbagai aktiviti semasa hari terbuka tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan gasing, pertandingan futsal, pertandingan gubahan bunga, pertandingan kdb keluarga, pertandingan mewarna dan berzumba..baca seterusnya



CONTOH BERITA 2015

12 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 6 dan 11 September 2015, PI Yan Kechil telah menganjurkan program Merdeka Raya di SMKA Gurun dengan kerjasama PI Guar Chempedak dan pihak Sekolah Menengah Agama Gurun. Majlis bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia sebagai pusat sehenti komuniti kepada masyarakat terutama sekali kepada kepada para pelajar. Seramai 340 orang pelajar telah terlibat dalam program ini...baca seterusnya